BAGAIMANA SISTEM INI BOLEH MEMBANTU ANDA MEREKOD JUALAN DAN STOK DENGAN SISTEMATIK?



Kaedah rahsia saya bagaimana saya merekod jualan dan stok dengan mudah..


Saya seperti anda mempunyai masalah untuk mencatat dan mengira jualan dan stok barang-barang perniagaan. Apa yang saya lakukan juga sama seperti anda, membuat catatan dan rekod di atas kertas. Ya diatas kertas dan buku catatan. Ini yang saya buat dahulu. Suatu ketika dahulu..


Kaedah ini betul, tidak salah bahkan digalakan. Anda gagal jika tidak melakukan apa-apa catatan. Implikasinya sangat buruk, anda tidak dapt mengira dengan TEPAT tiap jualan dan Stok. Ini akan menyebabkan sukar dan susah untuk mengira kos, untung dan rugi. Perniagaan anda gagal walaupun bisnes yang kecil. Mulakan dengan catatan yang ringkas dan kemas. Simpan dengan elok dan baik, anda tidak akan menyesal. Ingat anda ingin berniaga dalam jangka waktu yang lama.


Ok, Saya teruskan dengan catatan demi catatan. Ternyata semakin lama semakin sukar apabila stok yang banyak. Banyak masa telah terbuang semata-mata untuk mengira stok yang sampai dan stok yang terjual. Kita akan melakukan perkara yang sama, kira stok.. kira jualan. Pada hujung bulan pengiraan stok lebih detail, iaitu untuk semua stok yang ada. Sama ada betul atau tidak rekod kita diatas kertas tu, kita akan terpaksa mengira stok yang ada. Wajib. Kiraan stok akan melibatkan jumlah jualan dan baki. Ini melibatkan keuntungan. Inilah yang rumit. Stress memang stressss.


Apa yang saya lakukan saya mula menggunakan Perisian Excel. Ya Microsoft Office Excel. Saya mula berfikir untuk memudahkan sebahagian kerja saya. Dan dengan sedikit ilmu excel saya mula dengan beberapa eksperimentasi. Masuk formula itu, guna function ini. Pakai hitu guna hini. Cubaan ini berjaya walaupun banyak kekurangan. Dengan formula, kerja mengira sangat mudah sebab automatik. Kerja saya merekod dan mencatat ternyata lebih mudah. Semua Jualan dan Stok saya boleh rekodkan dengan senang hati. Stress semakin berkurangan.



Dapatkan Demo dengan muat turun pada link Download Demo di atas.



Bagaimana Stok diurus Automatik ?






Pengurusan Inventori adalah sistem yang mengurus stok secara automatik. Hanya terdapat seksyen Stok Masuk, Stok Keluar, Cawangan (kemana stok dihantar), Baki dan Item (merujuk kepada stok yang kita ada, rekod tanpa had). Di 'form' terdapat Qty Semasa, ini merujuk kepada Stok yang sedia ditangan. Baki akan merujuk kepada stok yang tinggal.Ini hanya mengurus stok, tiada jualan dan sebagainya. Tetapi sistem lain adalah termasuk sekali mengurus stok. Di mana Belian akan menambah stok dan Jualan akan mengurangkan stok automatik. Sistem ini boleh menyokong penggunaan "Barcode Scanner".


CARA MUDAH MENGGUNAKAN SISTEM INI ...LIHAT VIDEO INI SAMPAI HABIS..



Cara Untuk Enable Macro ...Tonton Video ini jika anda gagal untuk klik sebarang buton




Anda bole juga ikuti langkah dengan muat turun Panduan pada link di atas.

Sistem perlukan Microsoft Office Excel pada PC atau Laptop. Excel yang lain tidak boleh buka "form" yang penting dalam sistem ini sama ada dalam HP, Tab atau Apple.



Kerja sudah bertambah Mudah.


Kerja saya bertambah senang. Produk boleh diorder apabila hampir habis. Baki stok boleh dilihat secara "live update". Jimat masa dan hilang stress.


Oleh kerana sistem ini amat membantu. Saya perbaiki dari hari ke hari. Saya buat kajian dan ekperimen lagi. Saya mulakan dengan beberapa "form". Form ini bertujuan untuk kita isi dan data akan disimpan ke dalam sheet. Ini amat menarik dan fantastik. Kerja-kerja rekod jualan boleh dilakukan dengan pantas. Belian daripada pembekal dan rekod untuk pembekal boleh dilakukan sekali. Kalau dulu rupa bentuk sistem ini hanya berwarna kelabu sahaja. Tiada warna lain. Saya telah lakukan dan ubah untuk kelihatan lebih menarik hingga ke hari ini.





Evolusi sistem ini dari dulu hingga sekarang. Semua ini memudahkan anda merekod Jualan dan Stok anda. Perhatikan bahagian Stok kat kolum Qty Semasa dan Baki. Itu adalah live update stok anda. Qty Semasa adalah stok anda sekarang dan Baki adalah Baki yang tinggal apabila berlaku jualan. Data maklumat pelanggan anda boleh disimpan sekali dengan selamat dan sistematik. Anda tidak perlu pening kepala memikirkan order yang bertindih. Kadang-kadang anda tersilap menghantar order pada pelanggan yang sama dua kali yang sepatutnya kepada pelanggan yang lain. Elakan pembaziran dan kerugian.


Dari sini saya design dan melakukan rekod semua Jualan dan Belian ke dalam Akaun Tunai atau Buku Tunai. Saya hanya menggunakan akaun Tunai untuk mengira Kos, Untung Jualan, Kos Belian dan lain-lain. Format ini adalah paling asas untuk seorang peniaga. Anda hanya perlu tahu ini sahaja. Amat Simple tapi Efektif. Kerja saya mengira untung macam kacang jer sebab excel membantu saya mengira secara automatik.


Prinsip Akaun Tunai ini mudah!!
Apa yang menyebabkan wang keluar catat di bahagian Kredit.
Apa yang menyebabkan wang masuk catat di bahagian Debit.


Bermakna semua kos-kos yang terlibat catat di bahagian Kredit. Bayar Sewa, iklan, air, api, fotostat, minyak, gaji, belian bahan mentah, belian produk dan lain2 lagi.


Jualan dan lain-lain sumber pendapatan catat di bahagian Debit. Anda kena tegas bab akaun ne, kalau tidak anda tidak akan dapat melihat kemana wang yang banyak telah dibelanjakan. Atau sebenarnya anda telah mencuri wang perniagaan anda sendiri. Hati-hati ya!! Ingatkan jualan anda dah banyak masyuukk tapi kos pun boleh tahan, jadi untung tinggal berapa jer..anda fikir lah sendiri.



Inilah rupa Akaun Tunai saya gunakan. Warna dan lain2 mungkin sudah berubah, tapi cara rekod adalah sama. Kolum Debit dan Kredit. Modal itu adalah permulaan anda memulakan bisnes. Lebihan akan anda bawa ke bulan hadapan jika tidak habis digunakan. Jangan risau anda keyin jer.. excel akan tolong kira, dan saya telah pun membuat sedikit formula pada cell yang berkenaan. Anda kena masukan semua perbelanjaan yang menggunakan wang perniagaan. Anda akan mula berjimat jika anda tengok kos anda meningkat, dan jualan anda menurun sedikit..percayalah ... hahaha.


Bagaimana elakan pembaziran dan kerugian?


Apabila order banyak dan anda tengah pening mengurus dan menulis detail pelanggan. Kadang-kadang anda terhantar order dua kali kepada pelanggan yang sama. Sedangkan sepatutnya anda menghantar kepada pelanggan yang lain, ini amat merugikan dan pembaziran. Semua order akan disimpan dalam sheet dan anda bole cek setiap pelanggan yang telah anda proses. Elakan kecuaian dan kerugian ini seminima mungkin.


Kenapa banyak versi?


Ok. Sebenarnya pada mula saya hanya membuat untuk dua jenis cara rekod sahaja. Rekod Jualan biasa dan Pengurusan Inventori. Pengurusan Inventori lebih kepada mengurus keluar masuk stok anda. Tidak lebih dari itu. Rekod Jualan pula saya hanya fokus pada stok. Berapa stok masuk dan keluar. Tapi untuk stok keluar kena ada jualan dan Stok masuk mesti ada Belian. Maka terbentuklah Rekod yang lengkap iaitu Sistem Rekod Perniagaan & Inventori. Dalam ne ada rekod Jualan, rekod Belian, rekod Ambilan, rekod Pulangan dan Stok. Rekod-rekod ini sebenarnya memang kena ada untuk sebuah perniagaan.

Kenapa?? Rekod Ambilan itu adalah rekod khas untuk anda mengambil barang2 jualan. Ya barang yang anda jual. Setiap kali ambilan maka stok akan berkurang. Untung akan kurang. Kalau anda tak kira ne memang jauh la lari wang yang keluar dari apa yang anda jangkakan. Anda pernah buat rekod ini??

Rekod Pulangan pula adalah rekod untuk barang2 untuk dipulangan kepada pembekal, ini tidak masalah sangat. Tapi kena catat untuk kita tahu.

Versi yang banyak adalah atas permintaan dan cara rekod pada hari ini. Bentuk Agen dan Dropship adalah baru. Saya cuba sesuaikan dan terbentuklah pada hari ini. Selain itu persekitaran setiap perniagaan tidak sama. Contoh Jika anda membuat sendiri produk anda akan membeli material atau bahan mentah, lalu diproses dan dijadikan produk siap. Cara merekod semua ini berbeza.

Anda beli kain dan jadikan baju atau tudung.
Anda beli tepung dan jadikan kuih atau kek dll.


Versi 4.0 semua tertumpu pada dua jenis rekod jualan iaitu Jualan Runcit dan Online. Selain Konsainmen dan Hutang jika pelanggan anda membuat hutang atau PreOrder.

Versi 5.0 tambahan rekod jualan untuk Stokis, Agen atau Dropship.


Antara ciri-ciri penting sistem ini :


1. Item boleh direkod atau ditambah tanpa had. Ini merujuk kepada stok yang ada miliki.

2. Daftar Pelanggan, Agen atau Dropshiper juga tanpa had.

3. Komisen Agen dan Dropshiper boleh direkodkan. Terdapat juga versi yang tidak mengira komisen.

4. Rekod Pembayaran komisen sistematik. Baki komisen boleh dilihat bila-bila masa.

5. Kemudahan merekod Hutang pelanggan. Boleh buat bayaran ansuran dan baki hutang disimpan dengan kemas dan tepat.

6. Boleh merekod Jualan Konsainmen.

7. Resit dan Invois dibuat dengan automatik. Invois boleh disimpan sebagai PDF dalam folder secara automatik.

8. Boleh merekod senarai Pembekal.

9. Boleh merekod Jualan Pre Order.

Version yang berakhir dengan BE (Barcode Edition), bermaksud boleh menyokong atau boleh menggunakan "Barcode Scanner".

Saya nak beritahu anda, sistem ini masih boleh diubah suai kalu nak atau mengikut apa yang Tuan Puan nak. Ini sebahagian contoh sistem yang belom pernah dipamerkan kepada umum.


1. Jualan Agen

Rekod Jualan Agen. Rekod ini khas untuk agen sahaja. Tiap agen ada pelanggan masing2, jadi tiap jualan pelanggan akan dikira jumlah jualan. Persen komisen tertentu akan dikira dari jumlah jualan pelanggan tadi. Makin banyak jualan dan pelanggan yang agen dapat, makin banyak lah komisen.




2. Jualan PreOrder

Rekod Jualan Preorder. Ini lebih kepada rekod jualan tempahan kuih. Pelanggan atau agen yang dilantik akan membuat tempahan awal, akan membayar harga item ketika mengambil produk masing2. Kenapa macam bentuk hutang? Ya sebab pelanggan akan berhutang dahulu sebelom ambik barang. Kalu ada deposit catatkan, baki dia akan bayar kemudian. Anda boleh lihat baki hutang tiap pelanggan.





3. Pengurusan Inventori Tadika

Rekod Stok untuk sebuah tadika. Terdapat templet borang yang perlu diisi, saya jadikan form dalam rekod ne. Keyin jer kemudian boleh print repot. Senang kerja.







4. Pengurusan Inventori Sekolah

Rekod Inventori. Yang ini pada mulanya memang susah nak dapatkan flow, kena fikir kaitan antara satu dengan lain. Ada banyak borang. Ya tiap satu kena isi jika nak gunakan. Supaya dapat dikenalpasti di mana letaknya. Setelah guna sistem ne kita hanya lihat status jer dulu. Ada atau kena pinjam. Tak payah buang masa tengok kertas status kena pinjam ke belom.








5. Pengurusan Inventori Fail

Rekod Inventori Fail. Yang ne khas untuk fail. Macam inventori barang atau item tapi yang ini fail. Fail ne boleh dilihat status pergerakannya. Kena pinjam atau sudah dipulangkan. Untuk mengurangkan fail hilang, tapi yang penting tahu kat mana fail itu berada. Terutama fail-fail yang sangat penting.








WHATSAPP NO INI... Sdr Musa 012 8208006
WHATSAPP NO INI... Sdr Musa 012 8208006
WHATSAPP NO INI... Sdr Musa 012 8208006



Terbaru

Cara merekod kini semakin mudah apabila sistem ini boleh support 'Barcode Scanner'. Plug and play. Tidak perlu install apa2 software. Hanya cucuk di usb port dan terus boleh gunakan. Yang terbaik adalah Jenama NETUM. Jenama lain pun baik asalkan terdapat setting seperti pada gambar di bawah. Iaitu fungsi TAB.





Scaner bole didapati di Shopee Jenama NETUM.. Wireless atau cable pun ok.


Bonus

Saya ingin kongsikan sistem ini dengan anda pada harga yang berpatutan. Saya tahu ramai yang ingin dan telah berniaga. Sama ada kecil-kecilan di rumah dan yang telah pun mempunyai kedai. Ada yang "struggle" untuk menyelesaikan masalah stok. Ada yang pening melihat wang jualan kurang dan tidak padan dengan item produk yang terjual. Saya hanya berharap sistem ini akan memudahkan anda dengan harga yang murah. Kerana apabila sistem sokongan yang diberikan adalah sepanjang hayat atau seumur hidup, jadi harga yang saya tawarkan amat berpatutan.


Jika anda dapatkan sistem ini anda saya berikan Format Akaun Tunai Percuma dan kosultasi untuk anda.


Dan ada lagi.. Rekod Pekerja dan Payslip. Rekodkan data pekerja2 anda dan cara mudah membayar gaji mereka.




Selain sokongan pada sistem adalah sepanjang hayat, selagi Tuan Puan menggunakan sistem ini. Atau pun mana yang dahulu. :) Wassap no saya, saya akan reply dan respon masalah anda. WHATSAPP NO INI Sdr Musa 012 8208006


Harga Sistem :

1. Sistem Pengurusan Inventori

RM90.00

2. Sistem Rekod ver Jualan Agen

RM150.00

3. Sistem Rekod Perniagaan HP

RM100.00

4. Sistem Rekod Perniagaan Bakery

RM100.00

5. Sistem Rekod Perniagaan Bengkel Kenderaan / Aircond

RM100.00

6. Sistem Rekod Perniagaan Ver 4.0 +

RM100.00

7. Sistem Rekod Perniagaan Ver 5.0 +

RM250.00 - DISKAUN ( Sekarang RM200.00 shj )

Bayaran adalah sekali sahaja seumur hidup..



Meh dapatkan sistem ini sekarang