Evolusi sistem ini dari dulu hingga sekarang. Semua ini memudahkan anda merekod Jualan dan Stok anda. Perhatikan bahagian Stok kat kolum Qty Semasa dan Baki. Itu adalah live update stok anda. Qty Semasa adalah stok anda sekarang dan Baki adalah Baki yang tinggal apabila berlaku jualan. Data maklumat pelanggan anda boleh disimpan sekali dengan selamat dan sistematik. Anda tidak perlu pening kepala memikirkan order yang bertindih. Kadang-kadang anda tersilap menghantar order pada pelanggan yang sama dua kali yang sepatutnya kepada pelanggan yang lain. Elakan pembaziran dan kerugian.
Inilah rupa Akaun Tunai saya gunakan. Warna dan lain2 mungkin sudah berubah, tapi cara rekod adalah sama. Kolum Debit dan Kredit. Modal itu adalah permulaan anda memulakan bisnes. Lebihan akan anda bawa ke bulan hadapan jika tidak habis digunakan. Jangan risau anda keyin jer.. excel akan tolong kira, dan saya telah pun membuat sedikit formula pada cell yang berkenaan. Anda kena masukan semua perbelanjaan yang menggunakan wang perniagaan. Anda akan mula berjimat jika anda tengok kos anda meningkat, dan jualan anda menurun sedikit..percayalah ... hahaha.
Rekod Jualan Agen. Rekod ini khas untuk agen sahaja. Tiap agen ada pelanggan masing2, jadi tiap jualan pelanggan akan dikira jumlah jualan. Persen komisen tertentu akan dikira dari jumlah jualan pelanggan tadi. Makin banyak jualan dan pelanggan yang agen dapat, makin banyak lah komisen.
Rekod Jualan Preorder. Ini lebih kepada rekod jualan tempahan kuih. Pelanggan atau agen yang dilantik akan membuat tempahan awal, akan membayar harga item ketika mengambil produk masing2. Kenapa macam bentuk hutang? Ya sebab pelanggan akan berhutang dahulu sebelom ambik barang. Kalu ada deposit catatkan, baki dia akan bayar kemudian. Anda boleh lihat baki hutang tiap pelanggan.
Rekod Stok untuk sebuah tadika. Terdapat templet borang yang perlu diisi, saya jadikan form dalam rekod ne. Keyin jer kemudian boleh print repot. Senang kerja.
Rekod Inventori. Yang ini pada mulanya memang susah nak dapatkan flow, kena fikir kaitan antara satu dengan lain. Ada banyak borang. Ya tiap satu kena isi jika nak gunakan. Supaya dapat dikenalpasti di mana letaknya. Setelah guna sistem ne kita hanya lihat status jer dulu. Ada atau kena pinjam. Tak payah buang masa tengok kertas status kena pinjam ke belom.
Rekod Inventori Fail. Yang ne khas untuk fail. Macam inventori barang atau item tapi yang ini fail. Fail ne boleh dilihat status pergerakannya. Kena pinjam atau sudah dipulangkan. Untuk mengurangkan fail hilang, tapi yang penting tahu kat mana fail itu berada. Terutama fail-fail yang sangat penting.
1. Sistem Pengurusan Inventori | RM90.00 |
2. Sistem Rekod ver Jualan Agen | RM150.00 |
3. Sistem Rekod Perniagaan HP | RM100.00 |
4. Sistem Rekod Perniagaan Bakery | RM100.00 |
5. Sistem Rekod Perniagaan Bengkel Kenderaan / Aircond | RM100.00 |
6. Sistem Rekod Perniagaan Ver 4.0 + | RM100.00 |
7. Sistem Rekod Perniagaan Ver 5.0 + | RM250.00 |